SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Berita : Gambar | Dua Pencuri Toyota Hilux Kantoi Kerana Tidak Mematikan GPS

Berita : Gambar | Dua Pencuri Toyota Hilux Kantoi Kerana Tidak Mematikan GPS


Akibat tidak mahir dengan peralatan canggih, tindakan dua lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa mematikan alat sistem pengesanan global (GPS), membawa padah apabila mereka ditahan di persimpangan lampu isyarat Pekan Baling, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.45 pagi apabila kenderaan Toyota Hilux yang dilarikan daripada pemiliknya di Sungai Siput Utara, Ipoh, Perak, dikesan berada di kawasan Baling sebelum dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan.
 MENANG BEG JENAMA BURBERY DENGAN SERTAI #Reebonz> Klik Sini!  MENANG BEG JENAMA BURBERY DENGAN SERTAI #Reebonz Klik Sini
 JOM MENANG HADIAH DRYPERS DENGAN SERTAI #ParentPopQuiz> Klik Sini!  JOM MENANG HADIAH DRYPERS DENGAN SERTAI #ParentPopQuiz Klik Sini



Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Pegawai Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling, Inspektor Abd Aziz Mat Resof, menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun berkenaan selepas bergelut selama 10 minit.

Sumber berkata, sebelum itu kedua-dua suspek berkenaan dipercayai mencuri kenderaan terbabit jam 3.40 pagi sebelum memandu tanpa arah tujuan sehingga ke Alor Setar dan berpatah semula ke Pendang sebelum tiba di Baling.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir