Jika sebut pasal melabur, pasti ramai yang akan kaitkan dengan skim cepat kaya (MLM) ataupun yang paling cepat berkembang, skim pelaburan di internet. Anda pernah dengar dengan hanya log masuk akaun Facebook, anda boleh jadi kaya? Jika ada yang percaya, maka terbaliklah dunia. ‘Sarcastic’ disitu.
Terbaru dari selebriti terkenal berwarganegara Singapura ini, Ady Putra dalam laporan terbaru Harian Metro telah ditipu sebanyak RM19 ribu melalui skim pelaburan di internet.
Ketika ditemubual, Ady enggan mengulas lanjut mengenai perkara yang berlaku kerana dia menganggap ianya adalah masalah yang terlalu peribadi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.
“Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat.
“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan.” – Ady Putra dipetik dari Harian Metro.
Kepada anda diluar sana, berusahalah sendiri, jangan terlalu percaya dengan pelaburan yang kita tidak tahu pangkalnya.