Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shebby Singh, dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab Liga Inggeris, Blackburn Rovers, oleh pemiliknya dari India, Venky's.

Menurut laporan Mail Online hari ini, antara tugas Shebby ialah menjadi orang tengah antara Venky's dan pengurus pasukan, Steve Kean.

Masa depan Kean masih belum pasti selepas Blackburn tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.
Venky's adalah syarikat India yang dikuasai usahawan adik beradik, Balaji dan Venkatesh Rao