Siapa yang tidak mengenali kebab? Kebab merupakan antara makanan yang termasyhur di dunia apabila ia digemari oleh masyarakat dari Timur Tengah, Turki, Asia Tengah hingga ke Eropah.
Selalunya di Malaysia, kebab yang dijual bersaiz biasa bagi hidangan seorang. Namun, kebab yang satu ini sungguh luar biasa.
Mana tidaknya, kebab itu ditabalkan sebagai kebab terbesar di dunia dengan berat melebihi dari 1 tan iaitu 1,198 kilogram.
Kebab raksasa itu dibuat di Ankara, Turki. Sebanyak tujuh ekor lembu digunakan untuk membuat kebab yang terbesar di dunia itu.
Selain itu, kebab itu juga memerlukan seramai 10 orang chef untuk memasaknya.
Oleh kerana terlalu besar, kebab itu perlu diangkat menggunakan kren.
Oleh kerana terlalu besar, kebab itu perlu diangkat menggunakan kren.
Memetik dari kenyataan Guinness World Records, kebab ini berjaya memecahkan rekod baru apabila berjaya mengatasi kebab raksasa yang dibuat di Australia pada tahun 2004.
Jika anda merasai kebab itu, anda boleh ke Ankara Shopping Fest di Genclik Park, Turki.