Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Zizan Razak tidak menyangkakan watak Mael Lambong yang menjadi taruhan Jozan di "Maharaja Lawak" pada tahun 2011 telah diangkat menjadi sebuah filem di bawah arahan pengarah berkaliber, Ahmad Idham.
Walaubagaimanapun Zizan ingin mengucapkan terima kasih kepada teman baiknya, Johan di atas idea yang diberikan ketika perbincangan di belakang pentas bagi mendapatkan nama yang sesuai sehingga tercetusnya nama Mael Lambong.
Merasakan ia adalah sebuah idea yang harus dijaga, Zizan telah mendapatkan hak eksklusif idea "Mael Lambong" agar menjadi miliknya.