Laman web Allkpop melaporkan pada 14 Jun bahawa Jung Ah-yul telah membunuh diri dan mayat ditemui di rumahnya. Walaupun dia dikejarkan ke hospital, dia tidak dapat diselamatkan.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa beberapa sumber yang rapat dengan Jung Ah-yul berkata bahawa dia mengalami tekanan perasaan yang mungkin telah menyebabkan dia bertindak membunuh diri.
Peminat-peminat artis yang berusia 25 tahun ini mula merasa ragu apabila pada 11 Jun, sehari sebelum kematiannya, Jung Ah-yul mengeluarkan status di Facebook yang menyatakan bahawa,”Tiada apa pun yang boleh memujukku”.