Selepas memasuki rancangan Masterchef Selebriti Malaysia, Azwan Ali nampaknya mula bergiat aktif dalam perniagaan ‘Rendang Chef Diva AA’.
Khabarnya permintaan rendang tersebut semakin meningkat walaupun perniagaan itu dilakukan secara kecil-kecilan menerusi dalam talian.
Tetapi sebaliknya terjadi pada hari ini apabila artis diva kita itu secara tiba-tiba mengamuk menerusi laman sosial twitternya.
Azwan seperti mengamuk dek kerana melayan pelbagai kerenah pelanggan-pelanggannya.
Jika dilihat pada kenyataan Azwan menerusi twitternya, jelas menunjukkan yang ada pelanggan seperti tidak sabar-sabar menunggu penerimaan rendang tersebut.
Malah, Azwan juga seperti kesal dengan segelintir orang yang membuat pesanan tetapi tidak membuat pengesahan pesanan selanjutnya.