SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Berita : Suami Menceraikan Isteri Kerana Bawa Pulang 500 ekor kucing

Berita : Suami Menceraikan Isteri Kerana Bawa Pulang 500 ekor kucing


Israel – Terdapat pepatah yang menyatakan bahawa binatang peliharaan boleh mengurangkan tekanan. Namun jika anda ingin menjadikan binatang tersebut sebagai rakan, jangan bawa pulang 550 ekor kucing.

Itu pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini apabila seorang isteri diceraikan suaminya gara-gara dia pening kepala dengan kehadiran terlalu banyak binatang itu di rumahnya, sehinggakan pergerakannya juga terhad.
Kerana tidak tahan lagi, lelaki berkenaan  telah mengemukakan permohonan cerai.
The Times of Israel melaporkan, lelaki itu memaklumkan kepada mahkamah di Beersheba bahawa dia tidak boleh tidur di katilnya sendiri selepas kucing itu mengambil alih katilnya dan menjadi tempat tidur mereka.
Bukan itu sahaja, dia juga tidak lagi boleh masuk ke dalam bilik air.
Malah jika dia ingin menyediakan makanan di dapur, kucing berkenaan akan berkeliaran di sekelilingnya kerana ingin makan, sekali gus menimbulkan tekanan kepada lelaki berkenaan.
Walaupun mahkamah meminta pasangan suami isteri itu untuk mempertimbangkan perkara berkenaan namun, mereka tetap bercerai.
Ini kerana wanita tersebut memilih untuk menetap bersama kucing-kucingnya berbanding tinggal dengan suami sendiri.
Perceraian itu bagaimanapun dijalankan secara aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir