Seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan ditemui rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang di sini, malam tadi.
NIDJI,HUJAN DAN BUNKFACE DI KONSERT GIG TRIPLE PLAY #GigTriplePlay-> Klik Sini!
Sementara itu, seorang saksi kejadian itu yang hanya ingin dikenali sebagai Efa, 32, yang juga jiran mangsa berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di rumahnya sebelum terdengar bunyi bising dan suara orang menjerit di luar rumahnya.
"Saya dengar bunyi orang menjerit dua kali sahaja dan kira-kira 10 minit selepas itu saya buka pintu saya tengok ada seorang wanita berada dalam keadaan tertiarap dan seluruh badannya hangus terbakar. "Dalam masa itu juga ada jiran lain yang datang untuk padamkan api," katanya. Efa berkata, ia berlaku begitu pantas kerana selepas 10 minit kemudian mangsa sudah tidak bernyawa dan kejadian itu tidak disedari kakak mangsa yang berada di dalam rumah kerana beliau pekak dan bisu.
"Saya rasa mangsa mungkin dipukul terlebih dahulu sebelum dibakar kerana itu jeritan suaranya hanya kedengaran sayup sahaja," katanya. Katanya, sebelum kejadian itu, terdapat jiran yang melihat kelibat orang luar di kawasan sekitar apartmen sejak 7.30 malam. - BERNAMA
NIDJI,HUJAN DAN BUNKFACE DI KONSERT GIG TRIPLE PLAY #GigTriplePlay-> Klik Sini!