Arab Saudi menamakan Menteri Pertahanan, Putera Salman bin Abdul-Aziz sebagai putera mahkota baru negara itu semalam, sesuatu yang dijangkakan bagi memastikan penggantian lancar ketika berhadapan dengan cabaran sukar bagi negara pengeluar minyak terbesar dunia itu.
Perisytiharan itu dibuat selepas pengebumian Putera Nayef yang meninggal dunia di Geneva minggu lalu. Putera Salman, 76, adalah pengganti ketiga kepada Raja Abdullan berusia 88 tahun.
Salman berkhidmat sejak empat dekad dalam jawatan berpengaruh sebagai Gabenor Riyahd, dan menguasai perniagaan keluarga termasuk kepentingan akhbar pan-Arab, Al-Sharq al-Awsat.