SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Berita :Gambar | Putera Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia Kerana Penyakit Kencing Manis,Osteoprosis,Dan Kanser

Berita :Gambar | Putera Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia Kerana Penyakit Kencing Manis,Osteoprosis,Dan Kanser


Putera Mahkota Arab Saudi, Nayef bin Abdul Aziz Al Saud mangkat hari ini, memetik laporan media kerajaan yang masih merahsiakan secara tepat lokasi kematian.
Saudi Crown Prince and Interior Minister Prince Nayef bin Abdul-Aziz smiles before a Gulf Cooperation Council (GCC) interior ministers meeting in Riyadh

Namun, menurut laporan televisyen Al-Arabiya, Putera Nayef telah mangkat di Switzerland.
Putera yang berusia 78 tahun yang merupakan saudara tiri kepada Raja Abdullah telah dibelenggu penyakit kencing manis, osteoporosis dan juga kanser telah berlepas ke luar negara untuk bercuti dan melakukan ujian perubatan penghujung bulan lalu.
Baginda juga mengetuai Jawatankuasa Arab Saudi untuk intifada Al-Quds yang menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin.
Putera Nayef, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri turut bertindak sebagai Jawatankuasa Tertinggi Haji diumumkan menjadi Putera Mahkota pada Oktober tahun lalu mengantikan pewaris sebelum itu yang turut mangkat, Sultan Bin Abdul Aziz.
Kemangkatan Baginda bermakna Raja Arab Saudi, Raja Abdullah akan melantik pewaris yang kedua dalam tempoh sembilan bulan.
Menteri Pertahanan, Putera Salman, 76 dilihat mungkin bakal pewaris baru kerajaan Arab Saudi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir