Seorang jutawan, Michael Marin, 53, yang tidak dapat menerima keputusan hakim yang mensabitkannya dengan kesalahan membakar sebuah banglo bernilai $3.5 juta telah mengambil jalan pintas dengan menelan pil di dalam mahkamah, sebelum dia rebah dan meninggal dunia.
Dia berbuat demikian sebaik sahaja hakim memutuskan Marin bersalah.
Marin, yang mula dibicarakan sejak 16 Mei lalu, berdepan hukuman penjara 16 tahun.
Dia didapati bersalah membakar banglo miliknya di Phoenic pada bulan Julai 2009 selepas banglo itu gagal dijual dalam acara lelongan.
Marin memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dia berjaya melarikan diri dengan menggunakan tali selepas membakar rumah tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun hukuman bagi kesalahan melakukan perbuatan khianat itu sama dengan hukuman ke atas kesalahan melakukan pembunuhan tahap kedua di Arizona.
Menurut pendakwaraya, Marin membakar rumah berkenaan kerana terdesak selepas dia tidak lagi mampu membayar cagaran.
Bedah siasat ke atasnya akan menentukan bentuk pil yang ditelannya hingga menyebabkan dia terkorban.
Marin, bapa kepada empat anak itu mendapat pendidikan di Sekolah Undang-undang Yale dan merupakan bekas broker di Wall Street.
Dia juga merupakan penggemar dan pengumpul karya seni termasuk Picasso.