CHICAGO – Honda merancang untuk memanggil semula kira-kira 50,000 kereta sedan Civic di Amerika Syarikat untuk membaiki masalah di bahagian aci pacu (driveshaft), kata pembuat kereta Jepun itu, hari ini.
Honda berkata, aci pacu pada beberapa model 2012 tidak dipasang dengan betul dan boleh menjadi longgar.
“Jika pemisahan berlaku, enjin tidak dapat menggerakkan kenderaan dalam mana-mana gear dan kenderaan itu boleh terbabas jika brek parkir tidak ditetapkan ketika pemilihan gear diletakkan dalam kedudukan parkir sekali gus meningkatkan risiko kemalangan atau kecederaan diri,” demikian menurut Honda dalam satu kenyataan.
Pembuat kereta berkenaan akan membiayai semua kos pembaikan. – AFP