Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , , » Hiburan: Baju Majlis Nikah Schawal rekaan Syaiful Baharim dan Rizman Ruzaini

Hiburan: Baju Majlis Nikah Schawal rekaan Syaiful Baharim dan Rizman Ruzaini


SchAwal telah memilih dua pereka fesyen popular tempatan, Syaiful Baharim dan Rizman Ruzaini untuk tampil hebat pada kedua-dua acara penting dalam hidup mereka itu.


Persalinan dari rona putih suci bersih rekaan Syaiful Baharim telah menjadi pilihan SchAwal untuk memberi makna cukup simbolik bagi acara akad nikah, sekali gus menjadikan penampilan mereka bak pinang dibelah dua.
Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka
Mungkin bagi sesetengah pihak, kurung Melayu cekak musang yang disarungkan Awal Ashaari tidak banyak bezanya dengan kurung Melayu biasa, tetapi itulah yang menjadi pilihan pengantin lelaki pada hari bahagia berkenaan.

Apatah lagi rekaan Syaiful Baharim sangat dikenali dengan keselesaan, kesempurnaan buatan dan rekaannya yang tersendiri.


Berpindah ke acara merenjis, suasana lebih meriah mula menjelma tatkala kedua-dua raja sehari tampil dengan persalinan gabungan tradisional dan moden dari pemilihan rona hijau diraja rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.

Pereka muda kegemaran ramai selebriti tempatan itu, sememangnya bijak melempiaskan kreativitinya dari hanya sehamparan kain songket (tajaan Atiqah's Songket) kepada sepasang persalinan yang berjaya memukau mata memandang.

Untuk pengetahuan semua, pihak Atiqah's Songket telah memperntukan masa selama dua bulan untuk menenun songket berkenaan dan Rizman Ruzaini pula memerlukan masa dua hari untuk menyiapkan kedua-dua persalinan SchAwal.

Potongan duyung dan off shoulder yang ditampilkan buat Scha Al-Yahya menjadikan pelakon Awan Dania itu tampak cukup anggun. Ditambah lagi dengan cucuk sanggul dan kembang merah menyala yang tersemat di kepala.

Awal Ashaari pula tampil segak bak putera diRaja dengan persalinan songket lengkap, siap dengan tenggolok dan samping yang dihiasi dengan rantai dan aksesori bulan sabit serta bintang melempiaskan aura cukup gah.

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir