Mark Zuckerberg akan menjadi antara orang paling kaya di dunia dengan harta berjumlah RM54 bilion apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham 18 Mei ini.
Pengasas laman sosial berusia 27 tahun itu akan bernilai lebih tinggi berbanding pesaing teknologi lain, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Balmer yang berusia 56 tahun, dua kali ganda usia Zuckerberg, menurut dokumen yang difailkan oleh Facebook pada pihak berkuasa kewangan Amerika Syarikat.
Beliau juga akan lebih kaya daripada Michael Dell, 47, dan bilionair keluli Russia, Vladimir Lisin, 55.