Saiful yang mewakili syarikat produksinya, Gitu-gitu Production Sdn. Bhd. telah memuat naik status mengenai maklumat lanjut sidang media itu di laman sosial Facebook Fanpagenya semalam.
Saiful juga turut menyatakan beberapa agenda yang bakal dibincangkan bersama-sama sewaktu sidang media esok.
Justeru itu, Saiful menyeru agar rakan-rakan artis yang lain hadir sama untuk menyokong tindakannya serta bersama-sama mencari jalan penyelesaian untuk membantu membangunkan industri seni tanah air.