SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Renungan : Perlukah Redha Seorang Suami

Renungan : Perlukah Redha Seorang Suami

Seorang lelaki telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita yang solehah . Hasil daripada perkahwinan ini mereka telah di kurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan . Kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia dan sejahtera .


Si isteri dalam sepanjang kehidupanya merupakan seorang wanita yang sangat beriman dan bertaqwa , berakhlak mulia dan rajin beribadah . Dia juga merupakan seorang isteri yang setia dan taat kepada suaminya . Seorang ibu yang penyayang dan pendidik yang baik untuk semua anaknya .

Rumahtangga yang indah ini kekal selama 22 tahun , sehinggalah si isteri meninggal dunia .Setelah jenazah si ister di selesaikan dengan sempurna , di solatkan dan di kebumikan , maka semua ahli keluarga , saudara mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah .

Semua mereka yang berhimpun itu ingin mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan rasa sedih dan pilu yang di rasakan oleh lelaki itu di atas kehilangan isteri yang sangat di kasihi dan di cintainya .

Namun demikian , sebelum sesiapa pun sempat berkata-kata , si suami telah bersuara dengan mengatakan :
'' Semoga tiada siapa pun di antara kamu yang akan mengucapkan takziah kepada ku , sebaliknya dengarlah akan kata-kata ku ini .''

Semua yang datang berhimpun terdiam dengan kata-kata yang keluar dari mulut si suami .
Si suami meneruskan dengan kata-katanya :
'' Demi Allah tiada yang lebih berhak di sembah melainkan Dia , Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang paling gembira dan bahagia bagi ku , lebihh bahagia dari malam pertama ku bersama isteri ku itu .
Maha suci Allah , Sesungguhnya isteri ku itu merupakan sebaik-baik wanita bagi ku , kerana dia sentiasa mentaati ku menguruskan diri ku serta anak-anak ku dengan sebaik-baiknya dan dia juga telah mendidik anak-anak ku dengan didikan yang sempurna .
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik dan pengorbanan yang telah di lakukan oleh isteri ku itu . Apabila ia telah meninggal dunia aku teringat akan sebuah hadis Rasulullah SAW :

'' Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti dia akan masuk syurga ''


Ku ulangg kata-kata ku ini sehingga tenang dan puas hati ku .

Sebelum aku meletakkan jenazahnya ke dalam lahad , aku telah meletakkan tangan ku ini di atas kepalanya dan aku berkata : '' Wahai Allah , Sesungguhnya aku redha kepadanya maka Engkau redhailah dia ''Ketahuilah kalian , aku sangat tenang dan gembira di kala ini , tidak dapat ku gambarkan bagaimana gembira dan bahagianya yang aku rasakan sekarang ini .

Maka barang siapa yang bercadang untuk menfucapkan takziah kepada ku atas kepergian isteri ku itu , maka janganlah kalian melakukannya , sebaliknya ucapkanlah tahniah kepada ku , kerana isteri ku yang ku cintai itu meninggal dunia dalam keadaan aku redha keatas dirinya ..Semoga Allah menerima isteri ku itu dengan keredhan - Nya...
''




SEGMNE BLOGGER PILIHAN CHEGU ZUBIR!DISINI
TAMAT 20 APRIL 2012-JUMAAT JAM 12 TENGAH MALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir