KLIA juga memperbaiki kedudukannya dalam senarai 10 lapangan terbang terbaik dunia dari tempat kesembilan tahun lepas kepada tempat kelapan tahun ini.
Anugerah itu disampaikan pada 18 April pada Ekspo Terminal Penumpang di Vienna, Austria.
"Kami mahu sentiasa menyediakan pengalaman baharu dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada para pelanggan kami," kata Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, Pengurus Besar Malaysia Airports yang bertanggungjawab ke atas KLIA, menerusi satu kenyataan Selasa.
JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..
Mohammad Suhaimi menyuarakan keyakinan bahawa komuniti KLIA akan terus mengekalkan tahap perkhidmatan cemerlang mereka.
Keputusan Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2012 itu adalah berdasarkan kajian ke atas 12 juta penumpang selama 10 bulan, meliputi lebih 388 lapangan terbang.
JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..