SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » KFC Thailand mohon maaf kerana status Facebook menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC semasa kejadian Gempa Bumi 11 April

KFC Thailand mohon maaf kerana status Facebook menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC semasa kejadian Gempa Bumi 11 April


 Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan
permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.
Mesej itu menggesa orang ramai supaya orang ramai pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.
Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: "Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda."
Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf.
INGIN BLOG ANDA DIPROMOTE DALAM ENTRY SETERUSNYA???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir