SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Hiburan : "Jangan Salahkan Kakak Saya"-Najwa Latif

Hiburan : "Jangan Salahkan Kakak Saya"-Najwa Latif


Penyanyi remaja yang mula popular melalui YouTube, Najwa Latiff mempertahankan kakaknya, Syafikah Latiff mengenai kritikan yang dilemparkan oleh umum mengenai imej dan fesyennya yang dikatakan pelik dan tidak kena dengan usianya angkara kakak penyanyi itu.

Najwa, yang kini bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, menegaskan, bahawa penampilannya pada sebarang acara-acara hiburan atau persembahan ditentukan oleh banyak pihak selepas perbincangan.
"Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.
"Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini," katanya lagi.
Isu imej penyanyi lagu Kosong ini semakin menjadi perhatian sejak beliau memperagakan busana rekaan Wan Huzairil di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2012) pada 8 April lalu, yang dikatakan tidak sepadan dengan usianya.
SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012
JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir