Erra berkata walaupun anak perempuannya itu dilahirkan di dalam sebuah keluarga mewah, namun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek memberitahu bahawa anaknya tidak dimanjakan dengan pelbagai benda.
Ini dibuktikan apabila Erra membuat majlis hari jadi anaknya pada 30 Mac lalu secara kecil-kecilan di Plaza Damas, Sri Hartamas yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan artis bersama anak masing-masing, antaranya Datin Paduka Umie Aida dan Wan Khatijah.
JOM SERTAI > SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA..
"Saya tidak melihat kenapa kita perlu meraikan hari jadi anak secara besar-besaran kerana dia masih kecil dan tidak ingat pun apa yang berlaku ketika itu."
"Jadi saya putuskan untuk menyambut majlis hari jadi Aleesya di kelas gimnasiumnya saja kerana selepas habis kelas, dia boleh terus meniup lilin dan memotong kek hari jadinya bersama kanak-kanak lain di situ."