SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » Hiburan : Anuar Zain demam ketika acara Anuar Zain Secretaries Week 2012

Hiburan : Anuar Zain demam ketika acara Anuar Zain Secretaries Week 2012


Pada 10 April lalu, kira-kira 1,000 peminatnya yang terdiri di kalangan setiausaha telah berpeluang
menyaksikan persembahan penyanyi berusia 42 tahun itu pada acara Anuar Zain Secretaries Week 2012 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain menikmati makanan tengah hari yang disediakan, para peminat yang hadir turut didendangkan dengan dendangan beberapa buah lagu popular yang dinyanyikan oleh penyanyi berkenaan.
SEGMNE BLOGGER PILIHAN CHEGU ZUBIR!DISINI
Antara lagu yang dinyanyikan adalah Keabadian Cinta, Sesuci Cintamu, Bila Resah, Ajari Aku, Sedetik Lebih, Semua Untukmu, Ku Berjanji Karna Cinta, Suria dan Siara serta sebuah lagu Inggeris berjudul Saving All My Love For You sempena tribute buat mendiang Whitney Houston.
Ketika ditemui selepas usai persembahan, Anuar meluahkan rasa lega kerana masih mampu menghiburkan tetamu yang hadir, biarpun dirinya berada dalam keadaan yang kurang sihat.
“Pada mulanya saya cukup risau kerana demam dan takut akan menjejaskan persembahan saya, namun demi peminat saya lupakan keadaan kesihatan semata-mata untuk tidak mahu menghampakan mereka.
“Bagaimanapun, saya gembira dan bersyukur kerana maklum balas yang diterima daripada peminat yang datang sangat positif, walaupun saya akui tidak dapat tampil dengan persembahan yang terbaik kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan,” ujarnya.
SEGMNE BLOGGER PILIHAN CHEGU ZUBIR!DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir