SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hiburan : Andy Lau Sertai " Iron Man 3"

Hiburan : Andy Lau Sertai " Iron Man 3"


Penantian tayangan unggul filem "Marvel's The Avengers" baru bermula di seluruh dunia, tetapi kini khabar angin mengenai pelakon filem "Iron Man 3", yang baru sahaja memulakan proses pembikinannya, telah mula tersebar.
Andy Lau dalam "Iron Man 3"

Menurut laporan yang dipetik dari laman AsiaOneShowbiz, Walt Disney Co. akan berkerjasama dalam produksi filem "Iron Man" ini dengan syarikat DMG Entertainment yang bertempat di Beijing, dalam usaha mereka untuk mewujudkan ikatan dengan industry filem China.
Filem akan datang itu juga bakal dirakamkan di China.
Oleh kerana itu, laman NeonPunch dari Hong Kong telah melaporkan bahawa Andy Lau adalah pilihan popular untuk melakonkan watak lelaki Cina utama di dalam filem itu.
Selain itu, spekulasi pada mulanya mengatakan Lau mungkin akan memainkan watak jahat, tetapi kini laporan mengatakan yang sebaliknya.
Mengikut sumber, memandangkan rakaman filem tersebut akan mempunyai kerjasama produksi dengan China, ianya tidak sesuai untuk mempunyai watak jahat dari China juga.
Oleh sebab itu, kemungkinan besar Lau akan memainkan watak seorang saintis yang mewakili sector teknologi China, yang juga sahabat lama watak utama tersebut, Tony Stark.
NeonPunch juga menyatakan, "Lau bakal menggunakan berperisai sebagai hero dari China dalam membantu Iron Man dalam mengalahkan The Mandarin, yang dilihat sebagai seorang pengganas terhadap US dan China."
Sekiranya Lau menjadi sebahagian daripda filem itu, beliau bakal menyertai barisan pelakon hebat seperti Robert Downey Jr, Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Ben Kingsley dan juga Guy Pearce.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir