SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud serang Aceh..kesannya turut dirasai di Malaysia

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud serang Aceh..kesannya turut dirasai di Malaysia


Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dipercayai berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh dikesan berlaku, sebentar tadi.

Gempa Bumi Bermagnitud 8.9 Gegar Aceh
Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku tsunami.
Amaran itu meliputi seluruh kawasan melibatkan Lautan Hindi.
Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat yang membuat dokumentasi gempa bumi seluruh dunia memberikan amaran pantas bahawa gempa pada magnitud berkenaan mampu menghasilkan kemusnahan akibat tsunami melibatkan seluruh basin Lautan Hindi.
Sekiranya berlaku tsunami, dianggarkan ia akan sampai ke kawasan pantai dalam masa satu jam selepas gempa terjadi.
Setakat ini belum ada sebarang laporan melibatkan kehilangan nyawa atau kemusnahan yang diperoleh.
Jarak pusat gempa bumi di Aceh itu dengan Kuala Lumpur adalah sejauh 963 kilometer.
Sementara itu, laman Twitter mula gempar dengan pengguna tweet menyatakan mengenai gegaran yang mereka rasai sebentar tadi.
Ada yang menyatakan gegeran dirasai sehingga di Pulau Pinang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir