PADA jam 2.20 pagi 15 April 1912, kapal penumpang terbesar dunia yang dianggap tidak boleh
tenggelam bernama Titanic dalam perjalanan sulungnya dari Southampton England menuju ke New York, Amerika telah tenggelam di utara lautan Atlantik hampir tiga jam selepas melanggar bongkah ais, mengorbankan 1,523 penumpang dan anak kapal.Gambar fail bertarikh 10 April 1912 menunjukkan kapal Titanic meninggalkan Southampton, England bagi pelayaran sulungnya ke New York, Amerika Syarikat
Hari ini, 15 April 2012, genaplah 100 tahun usia Titanic.
Titanic menempa nama dalam sejarah dunia bukan sahaja kerana saiznya tetapi kerana malapetaka yang menimpa pada pelayaran sulungnya itu. Lebih daripada itu ialah, ia dilabelkan sebagai jentera yang kalis air dan tidak akan tenggelam.
Idea Titanic muncul pada tahun 1907 apabila usahawan terkenal Lord Pirrie dan Pengarah Urusan serta pemilik syarikat pelayaran terkenal White Star bernama Bruce Ismay berganding bahu untuk membina tiga buah kapal gergasi - OLYMPIC, BRITANNIC dan TITANIC.