kredit : Google
Menurut jurucakap polis, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut di dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa.
"Ayah lelaki tersebut menemui pasangan malang itu apabila dia menyiasat bunyi enjin dan radio yang terpasang di dalam bengkelnya,” kata jurucakap itu.
Kedua-dua mereka dikatakan sudah berkahwin dan sedang berhadapan masalah rumahtangga dengan pasangan masing-masing.
Ketua Polis Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.