SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Berita : Cara Terbaik Mendidik Anak Nakal dan Malas

Berita : Cara Terbaik Mendidik Anak Nakal dan Malas


Donnell Bryant mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak perempuannya yang nakal dan malas dalam pelajaran.
Cara Tersendiri Ajar Anak Nakal

Bosan kerana Quandria Bryant, 15, sering mendapat markah yang teruk dalam peperiksaan dan digantung sekolah kerana tidak menghormati gurunya, Donnell telah memaksa anaknya itu berarak di depan rakan sekelasnya dengan membawa poster.
Ia tertulis ‘Saya mempunyai perangai yang teruk. Saya tidak menghormati orang yang cuba membantu saya. Saya melakukan apa yang sama mahu, bila saya mahu dan apa yang saya mahu.’
SEGMEN TERBARU SEMPENA HARI PEKERJA 2012
Menurut Donnell, anak gadisnya itu telah menimbulkan pelbagai masalah di sekolahnya iaitu Sekolah Tinggi New Bern High.
“Saya bimbang dia akan menjadi gadis yang teruk peranganinya,’’ katanya.
Jelas Donnell, ada guru-guru di sekolah berkenaan yang menunjukkan sikap sudah bosan dengan perangai anaknya, menyebabkan dia berasa bimbang dengan keadaan itu.
Berikutan itu, Donnell berkata, dia mendapat idea bagaimana mengajar anaknya, iaitu dengan memaksanya memegang poster berkenaan di hadapan sekolahnya.
Dalam pada itu, Quandria yang malu dengan keadaan tersebut telah menggunakan poster berkenaan untuk menutup mukanya.
Tindakan berkenaan menjadikannya tarikan di kawasan berkenaan, malah ada masyarakat setempat yang melalui jalan itu berhenti mengambil gambar dan berbual dengan gadis berkenaan.
SEGMEN TERBARU SEMPENA HARI PEKERJA 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir