Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya . Kejadian berlaku di leburaya DUKE, susur keluar ke Sentul. Menurut sumber yang dipercayai,
kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.
TAMAT 20 APRIL 2012-JUMAAT JAM 12 TENGAH MALAM
Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.