Dengar sendiri pengakuan dalam klip di bawah.
Keliru dan penuh sensasi bunyi rayuan yang dibuat. Macam plot filem Tamil pun ada jugak.
Ingatkan apa kes, rupanya individu ini yang juga seorang peguam dikehendaki polis dan dia dipercayai lari dari undang-undang.
Dalam klip yang dimuatnaik Sabtu lalu, Kamal mendakwa ada pembunuh upahan telah dihantar ke luar negara untuk membunuhnya.
Kamal mendakwa, dia menjadi mangsa kemarahan seorang kerabat diRaja (dipercayai dari Johor) kerana enggan menurut perintah pembesar tersebut untuk mengubah wasiat yang ditinggalkan ayahnya.
Akibatnya dia mendakwa, dia diperangkap kerabat berkenaan melakukan pecah amanah.