Pada tahun 2011, pelakon remaja perempuan, Fatin Nur Afifah yang popular menerusi filem Tentang
Bulan pernah menggemparkan industri hiburan negara dengan mengaku mempunyai hubungan cinta dengan seorang ‘pengkid’.Malah, gambar-gambar yang menampakkan kemesraannya bersama-sama dengan kekasih pengkidnya, yang dikenali sebagai Putt itu tersebar meluas di beberapa ruangan blog gosip hiburan ketika itu.
Kemesraan yang ditampilkan antara Farah dan Putt menguatkan lagi gosip tentang hubungan cinta ‘pelik’nya.
Terbaru, menerusi blog gosip Rotikaya.com, Fatin dikhabarkan telah pun terputus hubungan cintanya dengan kekasih yang mempunyai jantina sama dengan dirinya.
Ekoran masih lagi menyintai dan tidak dapat melupakan Putt, Fatin telah mengambil tindakan dengan membuat tatu dibahagian hadapan pinggangnya dengan mengabadikan nama kekasih sejantinanya itu.
Sebelum ini, Fatin kerap menceritakan kisah cintanya dengan Putt di dalam blog penulisannya untuk tatapan umum.
Tetapi, setelah hubungan itu terhenti, medium luahan hati si gadis itu dikatakan telah ditutup akaunnya kerana terlalu kecewa.
Selain itu, Fatin juga turut diugut oleh bekas kekasihnya untuk menyebarkan gambar-gambar lucah Fatin yang dimiliki oleh Putt sekiranya Fatin memburukkan nama wanita pengkid itu.