SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Melia Aimelia - Heroin Filem Karipap Cinta berdamai dengan Blogger Roti Kaya.com

Melia Aimelia - Heroin Filem Karipap Cinta berdamai dengan Blogger Roti Kaya.com

Sejak sebulan lalu, nama aktres Melia Aimiellia hangat diperkatakan, setelah sebuah blog hiburan
tempatan; menerima video bogel yang pelakunya didakwa seakan aktres Karipap-Karipap Cinta itu.Isu video lucah Melia Aimiellia - blogger berdamaiBiarpun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan wanita di dalam video bogel itu dirinya, namun kenyataan Melia seolah-olah diperbesar-besarkan. Lebih parah, apabila Melia dan keluarga disisih saudara mara serta periuk nasinya terjejas, sehingga memaksa gadis berusia 19 tahun ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membersihkan namanya semula.

Justeru, pada satu sidang media yang diadakan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kelmarin, Melia mengakui lega selepas Seniman telah mengeluarkan satu surat khas yang mengesahkan bahawa pelaku di dalam video tersebut bukan Melia.

Malah bagi menjernihkan keadaan, Seniman turut mengaturkan pertemuan antara wakil blog hiburan tersebut dan Melia untuk berdamai.

“Secara jujurnya, saya mengakui sedikit lega selepas pihak blog hiburan tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media ini. Selain itu, mereka turut membuat permohonan maaf di blog mereka.

“Biarpun mungkin ada pihak yang tertanya-tanya mengapa saya senang memaafkan mereka walaupun keluarga saya berpecah-belah dan periuk nasi saya terjejas. Namun, saya dan keluarga tetap memaafkan mereka.

“Keluarga saya juga bersetuju untuk membatalkan laporan polis dan SKMM serta menarik balik tuduhan yang dikenakan kepada blog tersebut sebelum ini,” katanya yang ditemui selepas sidang media di Saloma Bistro.

Melia berkata, dia juga berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak Seniman yang membantu membuat siasatan sekali gus mengesahkan wanita dalam gambar dan video lucah itu bukan dirinya.

"Selepas membuat laporan polis, saya telah meminta pertolongan Seniman untuk menyiasat hal ini. Setelah mereka melakukan siasatan, pihak perundangan Seniman telah mengeluarkan surat yang mengesahkan wanita dalam gambar tersebut bukan saya.

“Saya tidak tahu, bagaimana cara siasatan mereka, tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat membersihkan nama baik saya,” jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir