SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Malaysia dua negara terkaya dunia..tapi kenapa Malaysia tidak kaya juga???

Malaysia dua negara terkaya dunia..tapi kenapa Malaysia tidak kaya juga???


Malaysia sebenarnya diapit oleh dua negara yang berada dalam senarai 15 negara terkaya di dunia.

Negara-negara berkenaan adalah Singapura yang berada di tempat ketiga terkaya dan Brunei pula yang berada di tempat kelima.
Singapura ke-3 Terkaya Di Dunia, Brunei ke-5
Senarai berkenaan dikeluarkan oleh majalah Forbes yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan bersandarkan kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) yang diselaraskan dengan kuasa membeli di kalangan rakyat 182 negara di dunia ini.
Singapura memiliki KDNK sebanyak AS$56,694 manakala Brunei pula sebanyak AS$48,333.
Kekayaan negara kecil di selatan tanah air itu banyak bersandarkan kepada kedudukannya sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan
manakala Brunei pula bersandarkan kepada simpanan minyaknya.
Sementara itu, Qatar disenaraikan sebagai negara terkaya di dunia dengan KDNK berjumlah AS$88,222. Di tempat kedua dalam senarai itu
ialah Luxembourg, dengan KDNK per kapita pada pariti kuasa membeli asas sebanyak AS$81,466.
Tempat ke-4 menjadi milik Norway (AS$51,959).
Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang mempunyai salah satu daripada ekonomi paling maju di Asia Barat dengan per kapita AS$47,439 (anggaran
daripada 2009) di tempat ke-6.
Tempat ke-7 : Amerika Syarikat (AS$46,860)
Tempat ke-8 : Hong Kong (AS$45,944)
Tempat ke-9 : Switzerland (AS$41,950)
Tempat ke-10 : Belanda (AS$40,973)
Tempat ke-11 : Australia (AS$39,764)
Tempat ke-12 : Austria (AS$39,761)
Tempat ke-13 : Ireland (AS$39,492)
Tempat ke-14: Kanada (AS$39,171)
Tempat ke-15: Kuwait (AS$38,775)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir