Pengguna komuter bakal menikmati perkhidmatan yang lebih berkualiti apabila empat set tren yang
mengandungi enam gerabak (SCS) bagi setiap set mula beroperasi hujung minggu ini sebagai permulaan.Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTM Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata setiap tren itu mampu membawa sehingga 1,100 pengguna bagi perjalanan sehala berbanding 400 orang sekarang.
“Isu utama rungutan pengguna terhadap perkhidmatan KTM Komuter ialah masalah kelewatan serta tempoh menunggu yang lama. Kita percaya melalui pengenalan Tren SCS ini semua masalah tersebut akan dapat diatasi,” katanya.
KTMB akan memiliki 38 set Tren SCS dan kini telah menerima 16 set. Baki 22 set lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga Jun ini.
Petugas media Selasa dibawa menaiki Tren SCS dari stesen KL Sentral ke Kajang dan kembali semula ke KL Sentral.