SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Kenaikan 13 Peratus tidak cukup???

Kenaikan 13 Peratus tidak cukup???


PENGUMUMAN Perdana Menteri mengenai kenaikan gaji kakitangan awam dibawah Skim Saraan
Malaysia (SSM), setelah Skim Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan, menerima kritikan ramai penjawat awam terutama di gred rendah yang sempat penulis temui.
SBPA : Kenaikan 13% Tidak Memadai?
Rata-rata mereka menyifatkan jumlah kenaikan 13% tersebut terlalu kecil, jika dibandingkan dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat dan menekan kehidupan kakitangan awam.
Menurut mereka, walaupun kumpulan premier menerima kenaikan yang jauh lebih rendah seperti cadangan asal dalam SBPA, tapi itu sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah yang lebih utama iaitu kenaikan yang mencukupi untuk kakitangan gred yang lebih rendah.
Walaupun penulis bukan kakitangan awam tetapi penulis boleh berkongsi perasaan yang sama dengan mereka. Bayangkan dengan kenaikan sebanyak 13%, apa sangat yang boleh dibuat untuk menampung trend kehidupan semasa? Umpamanya, seorang kakitangan awam dengan gaji RM 1,000, akan menerima kenaikan sebanyak RM130 sebulan.
Pada zaman hari ini apa yang boleh dibeli dengan penambahan RM 130 sebulan? Untuk membeli barangan keperluan seminggu di pasar malam pun sekarang jauh lebih tinggi dari itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir