SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , » 12 Calon Dapat 5A | STPM 2011

12 Calon Dapat 5A | STPM 2011


Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.
46,712 Lulus, 12 Calon Dapat 5A STPM 2011
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata 12 calon mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.
“Pada umumnya, prestasi calon 2011 adalah sama dengan 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini hari ini.
Pada 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir