SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Tuah Pencarum KWSP | Dividen 6 Peratus

Tuah Pencarum KWSP | Dividen 6 Peratus


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk
pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.
Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.
"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
p/s: untunglah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir