SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Resume Muhammad Ya Rasulullah

Resume Muhammad Ya Rasulullah

Siapa Nabi Muhammad S.a.w..Adakah kita tahu segala-galanya tentang dirinya...marilah kita sama-sama membaca biodata dan resume Nabi Muhammad S.a.w Kekasih Allah..


  • Nama : Muhammad Bin Abdullah
  • Tarikh dan Tempat Lahir : 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (570M) di Kota Mekah
  • Tarikh Wafat : 12 Rabiul Awal 11H (632M) -Surah Al Imran:114
  • Bangsa : Quraisy, Arab
  • Nama Ayah : Abdullah bin ABdul Muttalib bin Hasyim bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik sehingga Ibrahim
  • Nama Ibu : Siti Aminah bin Wahab
  • Keturunan Ayah dan Ibu : Qusai bin Qilab
Latar Belakang Pendidikan
  • Seorg yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis (Surah al-Jumuah:2)
  • terima pendidikan secara tidak formal seperti bertutur dlm bahasa arab tulen dan hidup berdikari sewaktu dihantar ke luar bandar untuk disusui oleh Halimatussa'diah dari Kaum Saad sehingga berumur 2 tahun.
  • belajar kemahiran usahawan dan berdagang secara tidak formal daripada pakcik saudaranya, Abu Talib bermula umur 8 tahun sehingga 21 tahun.
  • Menerima tunjuk ajar secara formal daripada Jibril di Gua Hiraq semasa berusia 40 tahun dan sepanjang hidupnya sebagai Nabi.
Pengalaman Kerja
  •  8-21 tahun - menggembala kambing
  • 12 tahun - ikut rombongan Abu Talib berdagang ke Negeri Syam
  • 25 tahun - Mengurus business Siti Khadijah ke Negeri Syam
  • 40 - 63 tahun - dilantik sebagai Rasul Terakhir
Bahasa Pengantara
  • Bahasa Arab - Sebab itu Quran disampaikan menggunakan lisan Arab.
Peribadi Dan Karakter Umum
  • Jujur dan amanah dalam berniaga (al-Amin).
  • bertakwa dan ikhlas dalam kerja
  • berani, adil dan bertanggungjawab.
  • menjadi penyelamat aqidah dan rahmat ke seluruh alam.
  • Memuliakan kaum wanita.
  • Proaktif dalam menganjurkan perdamaian.
  • Tidak bersikap negatif kepada manusia dan persekitaran.
  • Bersabar ketika tekanan dan sanggup kerja lebih masa untuk berdakwah.
  • Cerdik dan bijaksana dalam setiap tindakan dan membuat keputusan
  • Menghormati jiran, mengasihi kanak-kanak dan menyayangi umatNya.

"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat ke atas Nabi; Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penuh penghormatan" (Surah al-Ahzab: 56)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir