SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Pertama kali sampai di Sarawak

Pertama kali sampai di Sarawak

alhamdulillah..syukur ke hadratnya kerana masih diberi izin untuk terus bernyawa di muka bumi ini.
c.z sekarang dah masuk 3 minggu berada di Sarawak- Bintangor kerana diperlukan khidmat disini sebagai guru prasekolah.


seawal sampai di Airport Sibu jam 1900 ( 7 malam ) 19 Januari 2o12...penerbangan 2.30 dari KLIA dan  transit di Kuching ke Sibu jam 5.30 petang hari yang sama. apa yang c.z bayangkan ialah adakah mampu untuk hidup di Sarawak yang khabarnya tidak semudah Semenanjung. bagaimanakah kehidupan di sana nanti???itulah yang terbayang di minda. dengan perasaan sedih meninggalkan yang tersayang, ibu, kakak di Kedah.


Risau, sedih semuanya bergaul sekali. semuanya perlu dilalui jua walaupun ianya perit dan menyakitkan. mungkin awalnya begitu bila dah lama ianya akan normal kembali. biasalah tempat baru. 


Penerbangan MH yang membawa hampir 100 lebih guru dari semenanjung dijemput oleh pegawai dari PPD ( Pejabat Pelajaran Daerah ) masing-masing. C.z dan dua orang lagi rakan dijemput oleh seorang pegawai dari PPD Meradong. Cuaca malam itu hujan seakan mengetahui perasaan c.z. c.z dan rakan dibawa menaiki hilux milik pegawai itu. perjalanan mengambil selama sejam yang mana menggunakan jalan Durin. 


berbagai persoalan diajukan kepada pegawai itu. macam mana keadaan sekolah? ada letrik dan air tak? dan macam-macam lagilah. alhamdulillah sekolah c.z hanya ditepi jalan sahaja. tidak jauh dari IPG Kampus Rajang. Nama sekolah c.z ialah SK Nanga Stras. 


Destinasi pertama yang dituju ialah Taman Bintang yang ratanya bekerja sebagai seorang guru. Tujuan ke sana ialah untuk menghantar seorang rakan perempuan untuk bermalam di rumah pensyarah IPG Rajang. Sesudah membuka pintu kereta , c.z seakan kenal dengan wajah ustazah tersebut..rupa-rupanya dia seorang kakitangan IPG tempat c.z belajar. Menurutnya dia baru ditukarkan ke sini..


Setelah itu, c.z dan rakan lelaki ke rumah seorang lagi lecturer Kaunseling IPG Rajang Encik Hadi untuk makan malam..terima kasih atas masakan yang sedap. penerbangan dua kali agak memenantkan walaupun penerbangan dari KLIA ke Kuching disediakan makanan. 


Setelah siap, dia menghantar kami berdua ke rumah seorang ustaz KPLI Jqaf- Ustaz Rohaslin untuk tumpang bermalam. disana berjumpa dengan dua lagi rakan yang baru jugak tiba cuma penerbangan sehari lebih awal. alhamdulillah jumpa lagi kawan. keadaan masih tak kelihatan kerana keadaan gelap. adakah keadaan yang digambarkan sama dengan apa yang dibayangkan????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir