“Siapa sangka saya yang serba kekurangan ini bertemu jodoh,”
kata Rohmat Noor Yahya, 45, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir, di sini, yang cacat sejak lahir tanpa tangan kanan dan kaki kiri ketika ditemui selepas majlis pernikahannya, kelmarin.Dengan sekali lafaz, Rohmat sah menjadi suami kepada Noraida Ngah, 35, yang juga cacat sejak lahir dengan kaki kiri tidak sempurna.
Kedua-dua mempelai dinikahkan jurunikah Ali Khatib Mohamad di rumah keluarga Noraida di Kampung Batu Buruk, di sini, jam 10 malam.
Rohmat berkata, dia tidak pernah terbayang untuk ke jenjang pelamin berikutan keadaannya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) selain hidup serba kekurangan.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya gembira serta teruja bergelar suami Noraida.
“Benar kata pepatah, kalau jodoh tak ke mana. Terbukti kekurangan bukan penghalang untuk seseorang itu memperoleh jodoh dan berkahwin,” katanya.