SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » PANAS : Rotikaya.com disaman Wan Shades gara-gara artikel "Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri "

PANAS : Rotikaya.com disaman Wan Shades gara-gara artikel "Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri "

Panas-panas...betul orang kata bila kita menulis perlu berhati-hati..andai dah sah dan betul barulah
menulis sesuatu isu itu, andai ia hanya khabar angin fikir-fikirkan lah semoga ia tidak memberi masalah  kepada kepada kita di kemudian hari.


Isu ini melibatkan seorang penyanyi Wan ( anggota kumpulan Shades ) yang dikatakan telah merogol anak anak tirinya selama 7 tahun oleh sebuah laman blog "Rotikaya.com"
artikel dari Rotikaya.com yang telah dikeluarkan 

Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan. 
“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.
Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 
“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya. Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.
 coretan minda chegu zubir: 
" berfikirlah sebelum anda menulis sebelum anda berfikir selepas anda disaman"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir