SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , , » Nissan panggil "balik" 250,000 keretanya | model Juke, Infiniti M, March

Nissan panggil "balik" 250,000 keretanya | model Juke, Infiniti M, March


NISSAN Motor Co akan memanggil semula kira-kira 250,000 unit model Juke, Infiniti M, March serta
model lain pada peringkat global.
Model Juke
Ia bagi membaiki gangguan mekanikal dalam saluran bahan bakar dalam enjin suntikan langsung, yang boleh mengakibatkan kes kebocoran bahan api yang ketara.
Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan ekoran masalah itu, kata jurucakap Nissan.
Antara yang terbabit termasuklah model Juke yang dikeluarkan di Britain, kereta subkompak Tiida buatan China, kereta hatchback March/Micra buatan India dan juga mini van Serena dan model Infiniti M serta QX yang dikeluarkan di Jepun bagi model keluaran antara Ogos 2009 hingga Januari 2012.
Kira-kira 93,000 unit kenderaan yang dipanggil semula itu berada di Jepun.
Nissan berkata, sensor tekanan saluran bahan bakar pada kenderaan tertentu boleh menjadi tidak cukup ketat dan lama kelamaan akan longgar.
Syarikat itu tidak mendedahkan anggaran kos panggil balik itu.
< DAPAT HTC FLYER DGN JAWAB SOALAN..MUDAH BUKAN??KLIK SINI >
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir