SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Muslimah WAJIB BACA : TIPS ELAK DIROGOL

Muslimah WAJIB BACA : TIPS ELAK DIROGOL

Tips Buat Muslimah Elak Dirogol...WAJIB BACA


1.       Berpakaian menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan Islam – Sebagaimana kita tahu Islam itu lengkap dan perlu dijadikan rujukan pertama untuk sebarang masalah yang kita hadapi.
Aurat merupakan kewajipan yang ditetapkan Allah SWT melalui RasulNya, Muhammad SAW, kepada seluruh umat Islam dan antara hikmahnya ialah mengelak dari perbuatan jahat segelintir manusia terhadap golongan muslimah.

2.       Tidak mengenakan pakaian yang seksi – Ramai yang beranggapan memakai tudung dikepala sudah cukup memadai untuk menutup aurat. Namun tidak ramai yang tahu dan mempraktikkan pemakaian yang longgar, labuh dan fabrik berwarna gelap dalam etika pemakaian mereka.
Masih ramai yang bertudung, tapi seksinya mengalahkan artis. Berseluar dan berbaju-T, berlengan panjang yang ketat begitu popular di kalangan remaja sekarang – mereka menganggap pakaian begitu mengikut trend busana muslimah yang terkini.

3.       Berdoa kepada Allah : Rasulullah SAW di dalam hadisnya pernah bersabda;
“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” – Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Imam Ahmad.
4.       Mempelajari sedikit asas teknik mempertahankan diri – Kini kerajaan menggariskan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah dan salah satu aktiviti yang diketengahkan ialah seni bela diri.
Pelbagai jenis seni Silat, Taekwondo, Judo, Karate, Aikido, Wushu, Silambam, Kalaripayat dan sebagainya diperkenalkan di kalangan pelajar.
5.       Semburan Lada – Satu alat yang menyemburkan serbuk lada. Sangat terkenal di barat dan kurang diberi perhatian kepentingannya di negara ini. Ia boleh didapati di kedai-kedai penjagaan kesihatan seperti Watson, Guardian atau seumpamanya.



6.       Elakkan dari mengikut lorong atau jalan yang sunyi seorang diri – Sekiranya berhajat sangat mahu ke suatu tempat dan diketahui jalan menuju ke lokasi itu sunyi dan terasing, disarankan agar membawa teman yang boleh diharapkan.




Diharapkan semoga sentiasa kita sentiasa dibawah jagaan dan lindunganNya dari segala perkara buruk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir