SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Mr. Bean @ Rowan Atkinson mati pada 26 februari 2012?

Mr. Bean @ Rowan Atkinson mati pada 26 februari 2012?


Mangsa terbaru ialah bintang komedi terkenal, Rowan Sebastian Atkinson atau lebih dikenali
sebagai Mr. Bean dikatakan telah meninggal dunia oleh seorang peminat di Twitter.

Menariknya, peminat tersebut mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian dan menyifatkan tindakannya menyebarkan ‘kematian’ Mr. Bean itu sebagai sinikal serta beralasan kukuh.
Di sebalik dakwaan yang menjadi kontroversi itu, peminat tersebut, Micheal Robert Meras memberikan “link” yang menjadi sumber untuk dia menyebarkan berita itu dan menganggapnya sebagai satu jenaka yang perlu diperbetulkan.
“Link” yang diberikan itu adalah merujuk kepada kenyataan fakta di laman web Wikipedia yang menulis mengenai tarikh kematian pelakon komedi itu pada ’26 Februari 2012’.
Bagaimanapun, menyedari tindakannya telah mencetus kontroversi dan kemarahan ramai pihak, Robert Robert meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya tersebut.
Begitulah pengaruh Twitter yang mampu mengundang kontroversi dan ketegangan dengan sekelip mata sehingga menarik perhatian pihak berkuasa.
Tidak ramai yang menyedari bahawa setiap patah perkataan yang diungkapkan di laman-laman sosial internet itu juga mampu dimanipulasi, menyinggung emosi dan disalah anggap oleh masyarakat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir