Heroin filem Indonesia ‘Ketika Cinta Bertasbih’, Oki Setiana Dewi antara artis yang akan membuat
penampilan pada Hari Hiburan Islam (HAI) di Kelantan bermula 9 Mac depan.Sekreteriat HAI melalui satu kenyataan memberitahu, selebriti lain yang akan turut membuat penampilan pada program tersebut adalah Daphne Iking dan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.
“Program HAI anjuran Kerajaan Kelantan ini dijadual diadakan di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu bermula 9 hingga 10 Mac 2012,” kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, kesemua selebriti terbabit dijadual menjadi panel salah satu slot dalam program HAI iaitu `Bicara Selebriti’.
Menurut kenyataan itu, `Bicara Selebriti’ akan diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre pada 9 Mac bermula pukul 9 malam.
Selain itu, Oki Setiana Dewi turut dijadual menyertai slot `Melukis Pelangi’ yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan pada 10 Mac bermula pukul 11 pagi.
< FACIAL PERCUMA DAN SAMPLE PRODUK DI ORIGINS..KLIK SINI >