Tinggal sehari sahaja lagi pelakon cantik dan manis, Lisa Surihani bakal menamatkan status anak
daranya dengan pelakon, penyanyi dan pengarah popular Yusry Abdul Halim.Meskipun dibesarkan dalam dunia serba canggih, Lisa masih lagi mengekalkan dan mengamalkan amalan tradisi Melayu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinannya.
Bagi memenuhi permintaan ibunya, Siti Amira Ahmad, Lisa setuju untuk mengadakan adat melayu mandi bunga, majlis berinai dan majlis khatam Al-Quran sebelum statusnya bertukar menjadi isteri orang.
< BUAT DUIT SAMBIL MAIN FB DAN BLOG- KLIK SINI >
< BUAT DUIT SAMBIL MAIN FB DAN BLOG- KLIK SINI >
“Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan. Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya bernama Huda.
“Kemudian, dua hari selepas itu pula majlis khatam Al-Quran diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, saya meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran,” kata Lisa
< BUAT DUIT SAMBIL MAIN FB DAN BLOG- KLIK SINI >
< BUAT DUIT SAMBIL MAIN FB DAN BLOG- KLIK SINI >