SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Dang Kutuk Peserta dalam Rancangan Realiti On-Air

Dang Kutuk Peserta dalam Rancangan Realiti On-Air


Astro baru-baru ini rancak mencari bakat-bakat muda yang berkebolehan dalam menonjolkan bakat
baru yang akan disiarkan dalam rancangan realiti televisyen, On Air, dengan juri utamanya Aznil Hj. Nawawi.
Dang Suria ‘Celupar’ Dalam On Air?
Malah, pencarian itu sudah pun bermula di beberapa buah negeri dengan menampilkan barisan juri-juri yang mempunyai pengetahuan luas dan pengalaman dalam bidang pengacaraan.






Pun begitu, terdapat juga cerita-cerita kurang enak tentang rancangan itu apabila Dang Suria dipanggil untul menjadi juri ketika sesi uji bakat dijalankan.
Menerusi blog gosip hiburan Beautifulnara.com, seorang peminat yang telah menonton rancangan itu memberikan komen tidak puas hati terhadap sikap dan mulut ‘celupar’ Dang Suria yang memandang rendah peserta-peserta yang datang untuk mencuba nasib mereka.






Dang Surai dikatakan telah memalukan seorang peserta lelaki yang dianggap tidak mempunyai rupa paras yang menarik untuk menjadi seorang artis.
“Yang saya tak tahannya dang suria ni sumpah biadap! Ada sorg contestant lelaki ni pnyalah dah smgt audition, dang suria ni direct je bg comment ‘jujurla,saya rasa awak ni tak handsome lgsg, so awak tak lyk utk show ni’. Mcm tu la lebih kurg ayat dia. Sah2la lelaki tu bengang gila.
“Then ada satu part tu, tunjuk part dang suria comment lg lelaki tu kt tmpt lain. Ayat dia lebih kurg mcm “mmg bdk tu tak handsome lgsg,saya rse penonton akan tukar channel sbb benci tgk muka bdk tu tak handsome, sorryla dia mmg tak lyk”. Confident je dia ckp mcm tu ei. Biadap gila la!” kata penulis tersebut.
Malah, penulis itu juga turut menyatakan Dang Suria dengan selambanya telah mengutuk seorang peserta perempuan yang tidak mempunyai bentuk tubuh yang menarik.
“And then dang suria selamba je comment “adik balik, dah kuruskan bdn, pinggang dah ramping baru dtg blk audition, dtg kl nak audition jd hos dgn bdn mcm ni tak payahla”. Lebih kurang mcm tu la ayat dia. Sah2la budak tu bergenang air mata satu baldi,” katanya.
Namun, disebalik kekecohan itu, pihak Astro tidak lagi tampil untuk menerangkan isu tersebut.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir