SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , , , , , » Perjalanan 5 tahun setengah berakhir disini

Perjalanan 5 tahun setengah berakhir disini

perjalanan lima tahun setengah telah melabuhkan tirainya pada jam 12 tengah hari 01/12/2011
dengan tamatnya temuduga pelantikan pegawai perkhidmatan pelajaran oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

banyak yang diharungi dalam perjuangan lima tahun setengah. tak dinafikan tak semuanya pahit dan tak semuanya manis. namun pahit dan manis itulah yang menjadikan kehidupan lebih bermakna..betul tak. bermula dengan program persediaan ijazah sarjana muda perguruan ( PPISMP ) selama setahun setengah dengan keadaan masih freshie SPM..dan seterusnya melangkah mengharungi program ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian pendidikan prasekolah selama 4 tahun.

Dalam 4 tahun itulah macam-macam dilalui..dengan Kem Bina Insan Guru ( BIG ), Perkhemahan Unit Beruniform PBSM Sitiawan Perak, Praktikum 1, 2 dan 3 yang makan masa selama 6 bulan keseluruhannya. dan yang terakhir ialah menjalankan Kajian Tindakan dan membentangkan. semuanya telah berlaku dalam masa 5 tahun setengah. dan esok 2/12/2011...c.z akan meninggalkan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dan berangkat ke Kedah pulang ke kampung sementara menunggu surat penempatan guru mungkin awal Januari 2012 atau mungkin Februari 2012...semoga dipermudahkan olehNya kerana hanya Dia perancang yang terbaik buat manusia....

semoga dengan kehidupan lima tahun setengah di IPG kampus Pendidikan Islam akan menjadikan c.z lebih matang dan berkeyakinan untuk menjadi guru khasnya guru prasekolah yang terbaik pada masa akan datang...

doakan semoga perjalanan c.z esok bermula dan sampai dengan selamatnya...

mungkin kawan-kawan kita akan bertemu ketika majlis konvokesyen Mac 2012 nanti,...InsyaALLAH...

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir