SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Trofi Second Hand milik Anuar Zain

Trofi Second Hand milik Anuar Zain


Anuar Zain menafikan trofi lagu terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) yang diterimanya
daripada Yuna boleh dikategorikan sebagai trofi ‘second hand’.
Ini Bukan Trofi Second Hand - Anuar Zain
VOUCHER RM 125 DR REEBORNZ DENGAN...
SERTAI XPLAY DAN MENANG HADIAH
BUAT DUIT BERIBU DENGAN..
TWISTIES SUPERSTARZ KEMBALI
PERANGI RASUAH DENGAN
TAHUN NI SANTA GUNA PROTON HANTAR HADIAH
Anuar sebaliknya menegaskan, dia mendapat kembali apa yang menjadi hak dirinya dan tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan perkara itu.
“Trofi second hand? Saya merasakan istilah tersebut tidak seharusnya wujud langsung dalam kes ini. Pada saya ia kenyataan yang menggelikan hati saya kerana anugerah ini cuma pulang kepada yang berhak,” katanya pada majlis sidang media bagi membetulkan keputusan Lagu Terbaik AIM 18 petang semalam.
Lagu Yuna bertajuk Penakut sebelum ini diumumkan sebagai pemenang kategori itu tetapi keputusan berkenaan ditarik balik berikutan berlaku kesilapan pengiraan undi di pihak Ernst & Young.
Pada majlis itu, Anuar juga memuji Yuna kerana bersikap profesional dengan hadir sendiri bagi menyerahkan trofi berkenaan.
“Saya puji keberanian yuna, kerana berani hadir pada hari ini meskipun saya tahu ini adalah sesuatu yang sukar untuk dihadapi. Dia datang dengan penuh bermaruah dan rasa rendah diri dan saya lebih menghormati Yuna,
VOUCHER RM 125 DR REEBORNZ DENGAN...
SERTAI XPLAY DAN MENANG HADIAH
BUAT DUIT BERIBU DENGAN..
TWISTIES SUPERSTARZ KEMBALI
PERANGI RASUAH DENGAN
TAHUN NI SANTA GUNA PROTON HANTAR HADIAH
“Bagi saya Yuna adalah seorang pemuzik yang penyanyi yang berbakat besar bahkan seorang pemuzik yang educated, saya mendokan agar dia tidak berputus asa dan terus menghasilkan karya yang terbaik,” ujar Anuar.
Dia juga menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai kesilapan terburuk dalam industri muzik negara.
“Ini merupakan kesilapan paling besar dalam sejarah industri hiburan tanah air, dan agak malang bila saya terpalit sama dalam sejarah ini. Tapi saya menerima penghargaan ini dengan fikiran positif agar industri seni tanah air dapat berkembang baik pada masa hadapan,” katanya.
VOUCHER RM 125 DR REEBORNZ DENGAN...
SERTAI XPLAY DAN MENANG HADIAH
BUAT DUIT BERIBU DENGAN..
TWISTIES SUPERSTARZ KEMBALI
PERANGI RASUAH DENGAN
TAHUN NI SANTA GUNA PROTON HANTAR HADIAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir