Sekumpulan 2,500 rakyat Indonesia beragama Islam mengadakan demonstrasi di tengah kota
Jakarta bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara itu, minggu ini.
Penunjuk perasaan dari kumpulan Hizbut Tahrir melaungkan 'Tolak Obama' dan 'Amerika adalah pengganas' di luar Kedutaan AS di sini.
Mereka turut mengibarkan kain rentang yang tertera 'Tolak Obama, Tolak Kapitalisme, Tolak Imperialisme'.
''Kami menentang AS dan Obama datang ke Indonesia.
''Obama adalah pembunuh saudara Islam kami di Palestin dan Afghanistan, pencuri sumber semula jadi Indonesia dan ingin menakluk dunia selain akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan AS,'' kata jurucakap kumpulan itu, Mujiyanto
Sementara itu, demonstrasi sama turut diadakan di bandar lain termasuk Surabaya, Jawa Timur dan Makassar di Sulawesi Selatan.
Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-18 di Indonesia pada hujung minggu ini.