SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Sukan Sea 26- Indonesia- Malaysia 4- Kemboja 1

Sukan Sea 26- Indonesia- Malaysia 4- Kemboja 1

Pasukan bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno.
PEMAIN bawah 23 tahun Malaysia, Izzaq Faris Ramlan berjaya menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yaty pada perlawanan peringkat Kumpulan A Sukan SEA Indonesia 2011
PRASEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.
Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39.
Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara.

Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir